25 December 2014

Kelantan di ishtihar Darurat??? Allahhuakbar....Allah Maha Besar

Ya Allah ya Tuhan ku...Ampunilah segala dosa ku,dosa2 ahli keluarga ku,dosa2 jiranku,dosa2 sahabat2 ku,dosa2 seluruh umat islam yang berada di kelantan kususnya dan didunia amnya...
Ya Allah.berikanlah kami serta mereka yang terlibat bencana banjir kali ni kekuatan...semoga mereka yang terlibat diberi pertolongan yang setimpal,semoga mereka di permudahkan dari segenap perkara..bantulah mereka yang tak berdaya yaAllah..yaRahman yaRahim....

Sedih,pilu,tak tahu nak gambarkan macam mana...walaupon kat tempat aku tidak terkena banjir tu sume..tapi tetap terasa sebab dekat je dengan tempat2tu sume...

Semalam dari pukul 12.30 tgh malam..letrik di potong.kelmarinnya dah di beritahu dalam wasap,bekalan eletrik akan di potong atas sebab2 keselamatan..

Ni aku nak kongsi sikit gambar2 keadaan banjir di pantai timur...

Banjir di Kota bharu,yang berada di kuala sungai kelantan,air sungai dihulu sudah mula mengalir ke kuala,membanjiri kota bharu,stadium,hospital.dll.....yang di manik urai plak dah lari ke bukit.hanya tido dalam khemah..hanya kemah okey...sedih....
(Berita yg baru diterima)


 Jururawat kat hospital kota bharu..terpaksa bekerja demi tugas...yang mana bercuti pn cuti di bekukan sebab kena ganti jururawat lain yang terperangkap dalam banjir
 Penduduk manik urai yang teruk dilanda banjir terpaksa lari ke bukit..hanya berbumbungkan kemah,tempat pelindungan mereka sebelum ni iaitu sekolah kebangsaan manik urai,air dah sampai ke tingkat 3..jadi sebelum air naik sampai kebumbung mereka semua berpindah ke bukit..
Bayangkanlah mereka yang dah tua,bayi,budak kecil dan mereka yang tak berdaya terpaksa duduk dalam keadaan macam tu...YaAllah.....lindungilah mereka ya Allah...
 Keadaan di stadium kota bharu hari ni..dengar citanya,air semakin naik dibandar kota bharu sebab air sungai mengalir kesana...
 Antara kerosakan yang terpaksa mereka lalui..kereta,rumah,harta benda...semua.....musnah...
Tapi xbolehdibandingkan lagi dengan mereka yang kehilangan orang yang tersayang....
Innalillahhiwainnailaihirajiunnn...
Semoga mereka yang terkorban ditempatkan dikalangan mereka yang beriman....
 Hospital kota bharu
 Bandar kota bharu
 PANTAI TIMUR di Tanah Merah
 Air deras,memang merbahaya...
 Jalan jem..air semakin naik
Keadaan di Kuala Krai kelmarin..Pasar Besar Kuala Krai....hanya nampak bumbung..
Macam ombak besar,ni berlaku di Narathiwat thailand berhampiran dengan Rantau Panjang,Kelantan.
Bandar kuala krai

Ni penempatan untuk mangsa banjir di manik urai...sekolah kebangsaan manik urai,air naik sampai ketingkat 3 dah..tu yang mereka sume lari ke bukit..
Sekolah kebangsaan bukit tiu

Keadaan di bandar kuala Krai 23 dan 24 aribulan 12...
Jururawat di hospital kuala krai terpaksa naik perahu untuk ketempat kerja..

Okey..last but not list...kelantan sebenarnya belum diishtihar darurat,bantuan masih dapat diberikan kepada mangsa walaupn dalam keadaan yang serba kekurangan..pengangkutan pulak?walaupon buat masa ni kenderaan darat tak dapat digunakan disesetengah tempat,tapi kenderaan melalui udara dan ofkos air masih dapat digunakan..Alahamdulillah...
Jadi berdoalah semoga Allah melindungi bumi kelantan...<3 p="">

"Sesungguhnya banjir adalah ujian daripada Allah swt. Sekalipun ia pahit,namun kadang-Kadang ujian ini bertujuan membersihkan dosa dan mengangkat darjat. Sebagaimana ubat yang pahit itulah yang menyembuhkan penyakit"..


Semoga mereka yang terlibat tabah....

Sekian dulu hari ni.....

2 comments:

Anonymous said...

Semoga mereka yangvterlibat diberi kekuatan oleh Allah....

aSmiDar said...

Mudahmudahan....aaamiinnn