31 July 2010

Pelajar mati jatuh dari tingkat 5

Ingat x dulu mase kita sume tgh jadi student kt UDM...
mesti sengsorang dalam hidup die akan tertinggal kunci dalam bilik..
pastu masuk bilik sebelah panjat  ikut pintu belakang untuk menyeberang ke bilik kita???
mesti setiap orang yang bergelar pelajar ade pengalaman ni kan..
tapi kita berani panjat sebab ade beranda dan ala-ala selamat g2...

gerun bila pikir balik ade budak mati sebab buat ape yang kita buat dulu..
dia terjatuh dan mati ditempat kejadian..
cerita selanjutnya kat sini..

Tapi aku xpastila btol ke die nak buat ape yang kita buat dulu..
kalu dop xkan sesaja die nak panjat n menyeberangkan...
ape-ape pon takziah untuk keluarga mangsa..
semoga rohnya dicucuri rahmat..
Aminnnn


update : sah...memang die panjant dan menyeberang sebab tertinggal kunci...
terkedu seketika...

29 July 2010

KERM'S CRAFT GIVEAWAY

wahhhh...akhir-akhir ni rajin pulak aku menjoin giveaway
kali ni anjuran dari kerm`s craft plak.
hadiah sangat cumill okey
nk try KLIK SINI...
 TARIKH BERLANSUNG 27 JULY - 15 AUGUST"..

Air ni xhalal!!!!!!!!! brenti beli dan minum sekarang..


Air ni tak halal okey..
macam lame jer dah tau tapi xberapa nak ambik tau..
sebab macam yeke x, yeke x jer sblom ni
tapi bila dah kawan aku pon dah bagitau yang orang ramai pon bagitau..
aku pon mengkepoh2 kan diri nak bagitau jugak sebab

en edo penggemar air ni...
oohhhhh nooooo00000ooo...

Air ni dibuat di kilang arak!!!!!!!!!!
ntah pe name die..aku lupa/xtau..
okey cite ni aku dapet dari sini..kredit tu ekin:)
pasni benti minum air ni deh...
ishhhhh satu lagi muslihat kafir laknaatullah untuk menyesatkan umat islam......
Nauzubillah....

Stori mori Konvo UMT

Alang2 dah xde benda nak citer..meh nak citer pasal trip to terengganu baru -baru ni...
dah aku beria-post kan pasal nak pegi terengganu bagai kan..so kna la cerita kesinambungan kisah selanjutnya..jadi ker or cansel ke perjalanan tersebut..

Okey....tersebutlah kisah sebuah keluarga yang aman dan damai...
mempunyai saudara mara yang ramai lagi harmoni...
pada 25 julai 2010 iatu 4hari yang lepas telah bersama- sama berkumpul seisi keluarga diteratak indah kami di kampung yang diberi nama kampung pek atau telah diglamerkan menjadi kampung Setol Lima...
Ntah knape ditransferkan nama kampong pek kepada nama setol lima belum diketahui sebab dan musababnya..:)malu barangkali dengan nama kampung pek yang agak lucu bunyi..

dahhhhh....sambung cerita tadi balik...dimana kita tadi???
ohhh..disini..
semua kaum kerabat..aunty uncle granma, n makcik2 sebelah umah pon berada diteratak tersebut..
atenyer berkumpul untuk memudahkan perjalanan keesokan harinnyer..

atenyer nak bertolak pukol 4 pagi..kalu tidak berkumpul nanti setiap orang mesti menambahkan satu jam seorang..
jadinya nak bertolak pukol 4 pagi...
kol 8 blom tontu dapat masuk dalam kereta yang  comel masing-masing...:)

sooooo
Seorang ibu yang anaknya ingin menerima sugulung ijazah esotnya tidak lena untuk tido dimalam tersebut..
beliau memasak, memasak dan memasak untuk bekalan untuk berpinic-picnic
Atenya anaknya yang baik hati lagi budiman ini pon tidaklah lenanya tido mendengarkan tong-tang tong-tang bunyian didapur yang dicipta oleh ibunya..
lalu beliau pon turut sama bertong tang ting tang didapur..

Setelah semuanya selesai...ingin rasanya anak yang baik hati-comel-berbudi pekerti tinggi ini menuju kekamar untuk beradu..
TETAPi.......

Tidak boley okey...

baju dan seluar sang suami belom digosot ditenyeh lagi..tidak sanggup rasanya melihat sang suami yang macho itu berpakaian tidak berbesi...
jadi tenaga yang tinggal seput-seput itu digunakan untuk menenyeh kain baju sang suami(ase macam nak kejut. gini jer...bang,bangun bang..gosok sdiri baju abg boley??)
tapi xmungkin..sang suami lebih sayangkan tidornya daripada sang isteri yang comel ini...

setelah siap menenyeh dengan besi streika....baju pon kelihatan kemas...

Sang anak dan sang isteri yang comel-baik hati-murah hati ini ingin menuju kekamar untuk beradu sekali lagi..namun sekali lagi...
duuuugaaaannn...


bersambung...

MACAM JER

macam nak update blog..
tapi macam xde idea jer..
macam xde mood
macam xde stori.





macam xperlu ade jer entry ni

28 July 2010

MAMALYNA'S GIVEAWAY : "KETUK-KETUK RAMADHAN''

Giveaway lagiii!!!!

Kali ni anjuran mamalyna plak...dah lame baca blog beliau..
Baru2 ni tersaa nak tinggalkan komen..
dan kali ni nak masuk giveaway yang die anjurkan plak..
nak join???
klik sini..
selamat mencoba...:)

27 July 2010

Jangan Ambik Laki Orang!!!!

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!


2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !



10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

Ok..dah baca semua ni??
pikir2 la sendiri wahai wanita-wanita diluar sana yang coba-coba untuk mendampingi laki orang..
pelek kan?
nape nak laki orang,,ade kawan aku bila tnya die nape die sanggup nak jadi bini num 2..
dia kata suami org ni dah tau bertggung jawab..kalau yang masih bujang xtau lagi tanggungjwab die kat mane..
coi...coi..coi... dan coi lagi..
jangan la duk aggap g2..
Laki tu dah sah2 tipu bini die..
skang die tipu bini die untuk dapatkan kamu..
tunggu jela turn kamu nanti..
kena faham hukum karma..
what goes around comes around...!!!


Kalau terasa macam nak dekat2 ngan laki orang tu lupakan la..
jangan kacau rumah tangga orang...


psssttt=harap2 xde orang kacau rumah tangga aku!!
walaupon aku tau dah ade yang mencoba..
Semoga Tuhan mengukuhkan semangat laki aku..
Semoga die tak berubah sampai akhir hayat kami berdua..
Amin...

TINYTINI GIVEAWAY!

 Nak join Giveaway dari tinicraft :)

GIVEAWAY TINI CRAFT
BY

26 July 2010

comei la awak ni..

Suka pica ni..
Comei la awak ni...:)
Ali said..
hehehe

24 July 2010

Kalaulah......................????

Arini nak bercakap-cakapan pasal facebook plak..
sebenarnya facebook ni moleh ke xmolek?
mesti orang akan jawab molek dan xmolek..
kenapa molek dan xmolek?
sebab moleknya :
1. Boleh jumpa kawan-kawan lame yang terpisah..
2. Sebab mudah nak berhubung ngan sedara mara-kawan-kawan kt obersi.
3. Mudah nak ajak kawan-kawan saudara mari mai majlis kawen kita(xpayh sent kad pon xpe)
4. Nak mengumumkan sesuatu..just tag je kawan2 yang berkenaan..buat sekali gus..xpayah cari fon, cari nombor telefon sorang-sorang pastu meseg sorang-sorang.
5. Nk tunjuk gambar terbaru..terlama..just uplod je..nanti orang2 berkenaan boleh tengok.
6. Jual barang-barang
7. Banyak lagi> dengan erti kata lain memudahkan kita berhubung, bersembang, bercakap.
yela...yang xkenal boleh kenal, yang dah kenal makin rapat-rapatkan la..kan...


Tapi setiap yang baik, ade buruknya...
sebab xmolek ade facebook plak :
1. Ruang Gosip
2. Ruang kutuk mengutuk..
3. Ruang maksiat
4. Ruang tambah dosa
5. Ruang fitnah
6 Ruang menunjuk-nunjuk.(riak)
7.Ruang Merbahaya

ok..banyak lagi sebenarnya..
tapi aku dah malas nak pikir...
ni je yang setakat ni bermain-main dalam kepala hotak aku ni...

aku terangkan satu-satu..
1. Ruang Gosip..
Kat ruang ni kita akan bercerita tentang itu dan ini.sesi meluahkan persaan lah konon2
si A bagitau si B yang si C ni sedang itu...sedang ini...
dalam erti kata lainnya adalah si A dan si B sedang bergosip mengenai si C didalam ruangan ini...

2. Ruang kutuk mengutuk
Si A dan si B tengok gambar si C..
mesti kalu diorang berapa berkenan dengan si C...dorang akan cakap2 tentang gambar si C tadi...contohya:]
eee..muka dah la burukkk letak plak gambar g2...xmalu..
eee..poyonye kekasih/laki/kawan die
eee..peluk2..
eeee
eeee
eee
dan
eeee lagi...

3. Ruang Maksiat
Translate sdiri la..sume orang pon tau ni...

4. Ruang Tambah Dosa
yela..dah kutuk-kutuk orang, hina2 orang xke menambah dosa tu..
laghi satu Mendedahkan aurat...
yang ni paling aku asume banyak berlaku diruangan ini..

Dorang letak gambar yang xpakai tudung, padahal kat luar bertudung litup..apekejadahnya p masukkan gambar macam tu..
xkan dorang tak tau yang orang yang bukan muhrim dorang pon tgk gambar tu..
ke dorang aggap orang laki xtengok??
ke dorang aggap xpe...lam gambar je..
bukan kuar rumah g2..
Macamne eh?
aku xpaham sebenarnya..
ramai dah kawan2 aku yang aku kenal sebelum ni pakai tudung...tapi xbertudung po0n sebenarnya...
ade sorang ni...(hah..aku pon tgh ngumpat nih..tp untuk kebaikan..ambik yang jernih je..jadikan iktibar)
dulu mase kitorg same- kecik...aku xpakai tudung (mase kecik2 yang belum akil baligh).
tapi die..tudung labuh..mak die pakai purdah..ayh die berketayap tebal.
tapi skg...die dah xpakai tudung ok..
terkejut aku tengok lam facebook tadi..
pakai baju ketat..
dan aku sekarang????
okkkkk...aku bukan nak riak sebab aku dah pakai tudung labuh sekarang ni...
cuma timbul kesedaran...kenapa dan mengapa semua ini terjadi...
aku berubah kerana Allah....
yeeeerrrrrr memang...aku stat berubah sebab laki aku suruh...tapi lama kelamaan..niat nak berubah tu dah bertukar..aku berubah untuk diri aku..(ehhh aku bertudung seblom ni pon...berubah dari tudung biasa ke tudung labuh je ok...bukan xpakai tudung sblom ni..kang ade cakap aku pon free hair dulu)

Aku berubah sebab aku takut..
takut kan kematian..bukan  takut nak mati..sebab aku tau memang sume akan mati..
cuma aku takut cara aku mati..dalam keadaan ape aku mati..
dosa aku dah diampunkan ker..atau aku mati dalam keadaan bergelumang dengan dosa..
just imagine bila kita mati...bangkit je selepas kita dikebumikan..dihukum,dipukul,disoal...dengan tiada penghujungnya..
YaAllah..aku takut..disaat tu..betapa kita menyesal..mesti kan terpikir..
Ya Allah menyesalnya aku tak pakai tudung sebelum ni walupon aku dah tau azabnya..
Ya Allah menyesalnya aku xtutup aurat..
Kalaulah aku pakai / tutup aurat sblom ni..........................

mase tu...
dah xberguna lagi..
kita tak tahu bila kita akan mati..
sampai bila kita bernyawa..
sampai bila dosa kita diampunkan..
Sempatker kita bertaubat..

ade segelintir manusia..
bila tanya bila nak pakai tudung(ok yang ni masih boleh diterima kerana die mmg start macam tu)
dorang akan jawab..tunggu sampai seru...masaalahnya bila????
sempatker?
Dan bila tanya kenapa dah xpakai tudung.(bagi yang seblom ni bertudung).
mesti dorang jawab..ikut trend semasa...alaaaaa nnt taubat la....

Dalam Facebook ustz zamri penah cakap '' pelek dengan manusia sekarang..orang yang berkopiah, berkemeja,bertudung labuh, berrbaju besar dipandang hina,kuno, darat, xup to date,..tapi orang yang berseluar jean, free hair, berbaju ketat dipandang tinggi...dijadikan idola, dijadikan contoh....''
nak bertaubat bila dah sampai seru...bila dah tua,bila dah puas hidup macam tu...
sempat ke masalanya...?????!!!!

Dunia sekarang dah betul2 dekat nak kiamat..'
xkan nak tunggu kiamat dulu baru nak berubah?? bertaubat????
bila dah tiba hari kiamat...mesti kita akan...menyesal..dan kalula...kalula...kalaulaa...
dan kalulah ini benar benar terjadi...
YaAllah.....

Ya Allah ya Tuhan Ku..
Sesungguhnya aku hanya insan yang lemah dan banyak kekurangan..
aku banyak berdosa kepadaMu ya Allah..
Aku banyak mengingkari perintahmuYa Allah.
Kadangkala aku tidak bersyukur dengan ape yang aku ade..
kadangkala aku mempertikaikan ape yang aku ade..
aku lemah ya Allah..aku takut akn azab api nerakamu..
Kau ampunkanla dosa dosa aku ya Allah..Kau tunjukkan la aku jalan kebenaran..
Kau berikanlah hidayahmu padaku Ya Allah...
Kau sedarkanla aku, kawan-kawanku, saudara-saudara ku sebelum terlambat Ya Allah..
Ambik la nyawa kami disaat kami benar-benar bersih Ya Allah..
Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim..
kerana sesungguhnya hanya engkau yang kami Sembah....

Aku juga tidak sempurna...dan tiada manusia yang benar-benar sempurna...
hanya kesedaran dan keinsafan yang membezakan setiap insan..........

6. dan 7. semunya Dosa....

Tapi arini aku dah ketagih dengan Facebook...
Facebook xsalah...cuma CARA kita gunakan Facebook tu kadang2 salah..

AKu menulis ni bukan sebab `macam la diri baik sangat`
tapi tiba-tiba jer ingatkan mati..
adekah ajal aku dah dekat????

Wallahuallam....

I love My friends

Friends Myspace Comments
semuala kawan-kwan saya...
ex UDM
ex Seri INtan
ex sek kampong Pek
ex tadika kemas
ex sekampung

now..kawan-kawan kat
Facebook
Blog
 n 
sume-sume lah...
hehehe

pssstttt: entry ni ade sebab ini..
kita malas eh silap...xpandai nak edit-edit gambar macam ni..
tapi kita ade
http://mnsls.com/
hhihihihihi
hepy frienship day!!!!!!

bila ek???
xkisahla...sebabbbb....
hari-hari, adalah hari kawan-kawan saya....
hihihi

22 July 2010

Jika isteri menangis dihadapanmu…..

 Entry ni adalah copy paste dari email yang aku terima tadi..
so..maila kita kongsi bersama-sama..
untuk para-para suami...
sedarlah...ingatlah..
`betapa berharganya isteri disi mu`


Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.





To encik edo...Terima kasih kerana memahami ayang selama ni..sabar dengan karenah ayang..tahan dengan sikap ayang yang kadang2 melampau..:
ayang sayang abang...
semoga hubungan kita kekal bahagia hingga ke akhir hayat

21 July 2010

Nak Test??? MEh Sini..

Thanks to my prem...atikusyg sebab entry ini..
Boleh Try ni...Baru boleh tau berapa laju kita menaip..
Try la...Taip la perkataan yang die bagi tu sampai sudah..
sampai mahir yer..
Aku pon nk try jugak ni..
pastu nak bertatih2 sampat pro.....

20 July 2010

Akhirnya...Die milik aku..

Hati sedang berbunga-bunga
Huhuhuhuhu...tajuk xboleh blah...
semangat waja nak update blog malam niii...hihihi...
nasib baek si kecik dah tido, xde la berebut lappy ni dengan die..hehe

ape yang akhirnya die milik aku tu?????
ha    ha    ha   haa   ......

tengok...tengok...tengok....
ape yang lain dari yang lain kat blog kesayangan aku neh...(fuhhh...tiba-tiba je jadi blog kesayangan plak)

dah berbolan-bolan aku cuba-try-test nak buat benda alah ni...
godek punya godek punya godek..
fail punya fail punya fail...
tanya orang tu...tanya orang ni...

orang tu tak tahu..orang ni tak nak ambik tahu...
last2 aku try gak godek2 sendiri...
senang jer sebenarnya..
yela..die dah ade instraction...just follow d direction..
dapat la seketul..huhuuhuhu

tapi xberapa puas hati lagi..
nk godek2 lagi...susun-susun balik..
nampaknya ade kerja la aku do tiga hati ni..
huhuhuuhuhuhu
k lah nk titon dah..babai

~Mode : Cuti dan Rehatkan segala mak neka badan dan pikiran~

Dah lame ase x cuti...(ehhh...ye ke lame????)hikkhkhik..
sebenarnya xde la lame sangat pon...tapi biasa la lumrah manusia-yang tak pernah puas...
ade satu nak dua...ade dua nak pulak tiga...
biasala kan...sume macam tu...
macam gak kerja...gaji 400 nak 500..gaji 5000 nak plak 10k ribu..huhuhuhu..berangan la dulu yer..InsyaAllah...
macam....macam...ntah la macam ape...tapi  segala macam la...mesti xpuas...
kan..kan..kan...tpu la kalu bukan...

Macam (macam lagi) keadaan aku sekarang ni...aku nak cuti laaa...
nak pegi jalan-jalan...ambik-ambik gambar sampai juling...hirup-hirup udara segar..
bila eh...????
haaaaaaaaaa............







25/7/2010 ni konvo kakak aku..
so merasala nak berjalan jauh sikit..
bukan xpernah jalan..jalan sokmo...jalan nak g kerja..jalan nak g sopin..jalan nak g tandas..
sume jalan gak..
tapi kali ni nak jalan jauh sikit..hhehehehe

k lah..tu je nak bagatau..
ahad ni kat terengganu..
rindu kat pasar payang..
rindu kat pantai Tok Jembal..
Rindu kat Udm..(Skg dah tukar nama lagi..UNISZA kalu xsilap)UDM tetap dihati..


dan Yang paling penting sebenarnya Rindu nak BERSOPIN_SOPIN SAKAN DI MYDIN MALL..hehe


TERENGGANU...GONG BADAK..TOK JEMBAL...here i come...!!!

18 July 2010

Dah selosaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!

Dah setellllllllllllllll...
Thanks my prem....
malu ahkak hehehehe...
yela ahkak ni orang kg..
xpandai IT...hehehehehe
(Biar de Diploma IT pon........)
cehhhhhhhhhhhhhhh....

Tolong...Tolong...Tolong.....!!!!!

Arini nak mintak tolong ngn sume yang baik hati dan budiman......
kalau tolong orang-Tuhan sayang-dapat pahala-orang pun suka tolong kita balik...
"what goes around comes around"

tolong yer...tolong yer...please..please...
.
.
.
Nak tanya pasal ni.......
Rujuk gambar : yang bertanda petak-xbrape petak-merah-yang xbrape comel tu...

masaalah die macam ni....setiap kali aku bukak facebook mesti die kuar benda tu...die suh update email adress.....aku dah isi dah email baru..pastu isi juga email lama....

pastu die kuar macam ni....

haaaa......die kuar gini.....
succes la kan....THE BIG-BIG PROBLEM nye adalah..benda ni berulang2....setiap kali klik PROFILE..KLik HOME....asyik kuar benda ni jer...
xkan nk kena isi setiap kali kot...
orang lain xde pon....

tolong bagitau ape masalah die...dan ape yang perlu aku buat...

tolong ...tolong...help me....ape yang patut aku buat ni...

Aku takut jadi macam akaun friendster...
Asyik kuar benda yang sama jugak...suh verify email....dah buat ape yang die buat pon asyik jer macam tu...
last2 aku biar jer....
Then..:( now dah xboleh bukak dah akaun tu....

Tolong aku plezzzzz....
aku takut jadi g2 jugak....
ade  sapa yang tau tolong bagtau ek.....
tinggalkan komen...
ataupun inbox me kat fb..
plezzzzz..plezzzzz help me...

Akhir kata "bantu membantu la insan yang memerlukan bantuan ini" sobsobsobsobsob...

Terima kasih.....

17 July 2010

knape aku x approve die????

Tajuk xboleh blah...hehe
sajeje borink...xdop kerja...
terasa macam nak update blog jer....

sebenarnya tajuk kat atas tu merujuk pada FACEBOOK..
yang sume org duk suka2 sgt tu....
aku bukan la suka sgt...
tapi agak memudahkan laaaa.....
kalu dulu nak jumpa susah....nk contact..lost contact plak..
loni senanng sikit la....

Bercakap tentang tajuk plak...
tgk sini dulu...
penerangan gambar : lihat pada petak yg telah dilukis...hohooohoho...ayt klakar

sebelom ni ade 50 request nk jd friend..
tapi aku xapprove sbb xbrape kenal..
ade yang kenal pon tapi xrapat..
so aku pikir xperlula nk aprove kan..
tapi tiba2 terasa macam nk approve plak...ye la...men facebook duk tang tu jer org habaq..
xberkembang...kat luar pon kawan tu...lam fb pon kawan tu ler jugak....

so aku pon approve laaaa.....
yang menjadikan entry ni wujud hari ini adalah kerana rujuk gambar yang tanda petak...
knape aku xapprove die.....
sebabnyer...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Die adalah x scandal aku..huhuhuhuhuhuhuhu
bukan xsuka or benci  die...
tapi macam malas nak bg die tau ape aku buat skg...
hehehe

pssssssst : entry yg xperlu pun sbnrnya ni puan eda oit.....

15 July 2010

Mata kering dan letih




nak p cari eyeMO jap...
gambar pinjam ngn google

13 July 2010

Harini berpuasa lagi....:)

seperti tajuk diatas...cehcehcehceh...

arini aku berpuasa lagi....
puasa ganti yer kawan2...
kat blog, facebook sibuk duk publish pose...pose...pose....
pastu bukak pose...buka pose...bukak pose....
hehehee

so arini aku pon terasa nk publish benda yang same gak la...
yerlah arini dah berapa aribulan dah...
berapa minggu je lagi nk Ramadhan ni...
xsempat ganti pose gak abislah aku..
Tinggal sket je lagi...
Sempat abis asenyer...InsyaAllah....tengah berkobar-kobar nk ganti lagi ni...
kuat...kuat...aku mesti kuat...

Tapi dah terpikir nk makan ape ek buka nanti..
tgk kat facebook saing aku si zuraida lokman tu duk publish chopstik chikencop (eja g2 ker)
ase macam teringin la pulak..

Tapi tekak aku ni tekak orang kampong..
nak kena makan nasi jugak..
ngn benda lain buat makanan tambahan leh r...huhuuuhuhu

Ermmmmmmm...
dah pikir dah....ase macam nk makan TOM YAM....
kat mane eh sedap...
ermmmmm...sedapnyer..
kol bape dah eh...
hehehe...xsabar lah pulok...
huhuhuhuhu
Cartoons Myspace Comments
Motif buh itik-kecik-comel-momel ni??????
konon2 tengah mencari tom yam la tu...
nak buh gambar tom yam xdop pulok yang sedap nampak dimata...
so baik tak payah letak..
tkut tertengok...
xlalu plak nak makan kang.....
letih pulok nk mikir nak makan ape plak..hihihihiiihihihihihi

❤  

bye..

10 July 2010

Family Gathering :)

Setiap Hari jumaat..
mesti kena kumpul semua adik beradik, anak2, cucu2...
WAJIB ok...
kalu la ade sorang yang konon2 sibuk ngan keje lain la....xdapat ikut same perjumpaan ni...
nasib la ko...mggu depan kena bebel 14 bakul ngn mak mentua...huhuhuhu

Aku plak buat mase skg ni xpenah gagal lagi la untuk berkumpul sama dorang sume...
best jugak...sekali seminggu jumpa mmg hapening sangat2..
ohhh...lupa nk bgtau...perjumpaan ni tak kira kat mana
kat umah mentua ker atau kat luar....
berkumpul sama dan ade makan2...makan2 yang spesel sket dari biasa la...
contohnya satey, ayam bakar n so on la...
kiorang bakar dan makan same2...
mase bakar membakar tu la kitaorang akan borak2, tukar2 pendapat, gosip2 dan macam2 lagi la....
perjumpaan keluarga ni bukan sahaja kat rumah tau...kadang2 mentua tentukan tempat dan kita jumpa kat sane...
macam baru2 ni kita jumpa kat pantai...
sewa bilik pastu malam buat acara bakar ayam...
best...
pastu kitaorang penah pegi kedah..jumpa sedara mara mak mentua..
dan penah buat lawatan kat cameron higland..

Perjumpaan ni sekejap je...sekurang2nya sehari...dan yang pastinya xpayah nk tggu cuti panjang..
cuti hujung minggu jer... jumaat dan sabtu....
pegi mana2 pon..
ari ahad mesti masuk keje..

Best dan hapening la kuaga mentua ni...
mula2 nk masuk kuaga ni...
bukan main takut lagi...
yela...dorang gane...aku pulak gane...
huhuhu
biasa la....tapi aku tetap gak berpegang ngn satu benda ni..
menantu pompuan xboleh tinggal serumah ngn mentua...
bukan mentua jahat or menantu xsenonoh ke ape...
cuma mmg XBOLEH...
kalu jumpa jarang2 ni baikkkkk jer...
pepe pon Mak mentua aku tetap yang TErrrrbaik.....heheheh...harus memuji ko...
tapi memang benar tepat dan jelas...beliau berdua memang baaaaiiiikkk sgt2...
boleh lagi ko kata xbaik...setiap kali aboh(pakmentua) g kusus mane2 ke...buah tangan untuk anak menatu harus ade......

setiap kali g bercuti kat mane....yang meng`sponser` bilik harus jugak mak n pak mentua...huhuhuuhuu

dalam erti kata lainnya memang terbaik la...heheehe

nak tulis apa lagi ek...????
erm...stop dulu la kot....nk pikir dulu nk tulis ape..
ni ade gambar2 mase g cameron dulu....buh sikit jer...wat syarat,,
huhuhu

08 July 2010

CAT UMAH SKET..

hehehe.....tukar2 templat blog sebenarnyer...


jadi gini plok...malas dah....tunggu rajin la plok nak tukar yang lain.....
xde rotan akar pon berguna....
ade kena mengena ker????

05 July 2010

Mohd menang....Go...Go...ziana...i like!!!

pic kredit to beautifulnara.com

cayalah MOHD.....untung ziana tukar protege.merasala die menang tempat pertama....
tapi nani dapat num 3...xbes r...num 2 patutnyer...huhuhuhuhu
*
*
*
*
*
*
psst : tapi ramai yang cakap MOHD ni biasa2 jerk....menang sbb pengaruh ziana zain...btol ke?????
         wallahualam.....

tapi kan kalu la kakak2 makcik2 nenek2 atok2 sume rajin menengok mentor ni...setiap kali ade MOHD N ZIANA setiap kali tu jugak peminat fanatik gila2 babas ziana tu ade....

korang perahsan x......?????
xperahsan????
ingat x sorang NYAH yang slalu pakai baju ala2 ziana g2....Final mentor die pakai gaun kuning ko....
huhuhu....jiran aku tu...heheheeh.......fanatik giler ngn ziana...
mana ade ziana....mesti muka die terpacul jugak kat c2.....

xperasan????? cuba tgk balik final mentor....die pakai gaun kuning...NYAH yg berjaya ok.....hehehe


03 July 2010

en Edo ke johor bahru...

mode : Kerinduan...hikhikhik...


kenapa xikot puan eda????
xdapat COTI!!!...

huwaaaaaaaaaaaa...OK DAH!!!!!


esok en Edo balik....xsabar nk tgk adiah.....
oppsss......x, bukan....
XSABAR NAK JUMPA en Edo sayang.....

misss u sayang....
ouch...heheheeheh.....
gambar lama>aksi geli-geli kat cameron..hehe